5.12.2010

Kebajikan


Menurut Kamus Dewan, kebajikan ialah sesuatu yang membawa kebaikan dan perbuatan yang baik. Setiap individu Muslim berkewajipan untuk berusaha dan berlumba-lumba melakukan kebajikan dan amalan soleh. Dalam surah al-Ma’idah ayat 48, Allah berfirman yang bermaksud ‘… maka berlumba-lumbalah membuat kebajikan…’. Menurut Syeikh Muhammad ‘Ali al-Sobuni dalam Safwat al-Tafasir, ia bermaksud hendaklah bersegera melakukan sesuatu yang membawa kebaikan iaitu mentaati Allah dan melaksanakan segala peraturanNya.
Bersegera melakukan sesuatu bermaksud sesuatu yang tidak boleh ditangguh-tangguh lagi. Ini kerana orang yang beriman dan yang cerdik adalah mereka yang menyedari bahawa masa sentiasa menghambat mereka, dan masa yang terlepas tidak boleh dikembalikan lagi.

Perlaksanaan Amalan Kebajikan
Amalan kebajikan adalah sesuatu yang dituntut dan wajib dilakukan sebagai manifestasi perhambaan seseorang kepada Allah swt. Apabila seseorang itu bermuhasabah terhadap dirinya, maka dia akan menyedari betapa kehidupan di dunia adalah kehidupan yang memikul tanggung jawab dan akan dipersoalkan di akhirat sama ada tanggung jawab tersebut dilaksanakan atau tidak semasa kehidupan di dunia yang fana ini. Sehubungan dengan itu, antara tanggungjawab seorang mukmin ialah melaksanakan amalan kebajikan. Amalan kebajikan yang dilakukan oleh
seseorang sebenarnya adalah untuk kebaikan dirinya sendiri dan untuk memberi manfaat dalam kehidupannya.
Sesuatu yang wajar diperingatkan ialah amalan kebajikan yang dilakukan hendaklah berniat ikhlas, iaitu tujuan dan niatnya hanya kepada Allah. Sekiranya mempunyai niat yang serong, maka amalan yang dilakukan hanya mendapat penat dan letih sahaja. Justeru, niat yang ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah mestilah dipupuk agar amalan tersebut termasuk dalam kategori amalan yang soleh.

Langkah Menuju Amalan Kebajikan
1. Bekerja bersungguh-sungguh (al-Taubah ayat 105)
2. Menghargai dan Bijak mengurus masa
3. Sanggup Berkorban Masa, Tenaga dan Harta benda
4. Jujur dan Ikhlas
5. Pro aktif dan positif
6. Kreatif
7. Semangat kerja berpasukan
8. Muhasabah diri

0 komentar:

Posting Komentar